6. Peralatan Keselamatan Dan Bantuan Kecemasan
Dalam bab ini (13 sub-bab):
- 6.1Pengenalan: Kesediaan Menghadapi Kecemasan
- 6.2Tindakan Apabila Kerosakan / Kemalangan Berlaku
- 6.3Pemecut / Pendikit Terlekat (Stuck Accelerator)
- 6.4Tayar Pecah / Pancit Semasa Memandu
- 6.5Lampu Hadapan Tidak Berfungsi, Kenderaan Terbakar, Bonet Terbuka
- 6.6Kenderaan Rosak di Lebuh Raya
- 6.7Cermin Hadapan Pecah
- 6.8Peralatan Kecemasan Motokar dan Motosikal
- 6.9Tali Pinggang Keledar dan Kerusi Kanak-Kanak
- 6.10Topi Keledar dan Kelengkapan Penunggang Motosikal
- 6.11Alat Pemadam Api dan Peralatan Wajib Lain
- 6.12Tindakan Semasa Berlaku Kemalangan
- 6.13Kesalahan Meninggalkan Tempat Kemalangan (Hit and Run)
Kemalangan dan kerosakan kenderaan boleh berlaku kepada sesiapa jua, walaupun anda memandu dengan berhemah. Bab ini melengkapkan anda dengan pengetahuan peralatan keselamatan dan tindakan kecemasan yang betul untuk melindungi diri, penumpang dan pengguna jalan raya lain.
10. PEMANDUAN SEMASA KECEMASAN (JIKA BERLAKU KEROSAKAN KENDERAAN)
10.1. Sekiranya berlaku kerosakan kenderaan, parkir kenderaan jauh dari sisi jalan dan nyalakan lampu kecemasan.
10.2. Letakkan tanda Amaran Segi Tiga yang mempunyai elemen pemantul cahaya lebih kurang 45.7 meter (50 ela) untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain.
10.3. Hubungi pihak yang berkenaan untuk membaiki atau menunda kenderaan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.
11. PEMANDUAN SEMASA KECEMASAN
Dalam keadaan kecemasan, pemandu hendaklah bertenang dan fikirkan tindakan penyelesaian yang terbaik bagi masalah-masalah seperti berikut:
11.1. Brek Gagal Berfungsi
a) Pemandu perlu menekan pedal brek beberapa kali yang berkemungkinan dapat memulihkan tekanan brek. Sekiranya gagal, gunakan brek tangan (bagi motokar) secara terkawal untuk memperlahankan kenderaan.
b) Tukar kepada gear rendah secara berperingkat dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin (engine braking) untuk memperlahankan kenderaan dan cari tempat yang bersesuaian dan selamat untuk memberhentikan kenderaan.
11.2. Kenderaan Terbabas
a) Sekiranya kenderaan terbabas akibat dari gelinciran hadapan atau belakang kenderaan, lepaskan pemecut dengan segera, pusingkan stereng/hendal mengikut arah berlawanan dengan gelinciran itu.
b) Kemudian luruskan arah stereng/hendal dan teruskan perjalanan.
